KELAB SPBT

KELAB SPBT

Pengenalan

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.

Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.


Objektif 

Objektif Kelab SPBT adalah :
  1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh.
  2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid.
  3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT.
  4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab- kelab lain di sekolah.
  5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.


Keahlian

Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.


Aktiviti

Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah.
  • Ceramah penjagaan buku teks
  • Pertandingan melukis kulit buku teks
  • Pertandingan melukis poster
  • Melukis mural
  • Kuiz

AKTIVITI KELAB SPBT SK CHABAU




No comments:

Post a Comment